Thursday, March 5, 2009

Hari-Hari Sibuk....

Salam Perjuangan,

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada pengunjung laman blog ini yang sudi memberikan komen terhadap diri saya. Saya ingin nyatakan di sini dalam kesibukan memanfaatkan tempoh berkempen untuk jawatan Ahli majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, saya tak dapat lari dari kekangan menghadiri jemputan dan majlis-majlis yang telah diatur sehingga sedikit sebanyak telah membataskan saya untuk memberi perhatian penuh kepada pengisian blog ini. Namun begitu, saya mengharapkan agar sebarang pertanyaan dan komen atau makluman boleh dipanjangkan ke emel saya dssk09@gmail.com. Insya Allah, jika berkesempatan dalam masa terdekat saya akan menjawab segala yang berkaitan.

Walau apapun, kita mesti memperteguhkan keyakinan dan iltizam diri untuk terus memperkasa UMNO tanpa sebarang alasan kerana jika kita gagal maka akan terpupuslah satu wadah perjuangan yang unggul untuk memartabatkan agama, bangsa dan nusa.

Akhir kalam, terima kasih kepada semua pejuang UMNO yang terus gigih mempertahankan kelangsungan politik Melayu di Malaysia.

Salam Hormat,

DSSK

4 comments:

  1. Asslamualaikum Dato Seri,

    Pertama sekali saya nak ucapkan selmat berkempen kepada Dato Seri dan kepada kawan-kawan yang banyak membantu berkempen.

    kedua Pastikan tiada orang yang dapat menumbangkan Dato Seri kerana saya dapat tahu ada gerakan dari dalam yang cuba untuk menjatuhkan Dato Seri.

    Terima Kasih kepada Dato Seri dan saya harap Dato Seri dapat memberi perhatian dalam Tempoh berkempen hinggalah ke hari pertandingan.

    Saya mendoakan Dato Seri peroleh kejayaan nanti.

    posted by
    INSAN YANG MENCARI KEBENARAN
    DAN KEREDHAAN ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  2. SALAM DSSK.
    LAMA DAH TAK JUMPA DATO' SERI.
    SELAMAT BERKEMPEN KEPADA DATO' SERI. SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI DARI SAYA KEPADA DATO' SERI. SEMOGA DATO' SERI DAPAT MENJALANI KEMPEN DENGAN JAYANYA DAN PENUH DENGAN KEBERKATAN. TERUSKAN USAHA DATO' SERI.
    INSAN JOHOR.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato saye dari Batu Pahat Johor..nak tahu mengenai projek tanaman fertgasi Cili Dato..bagaimankah perkembangan nya sekarang?
    Saye pon baru mengusahekan projek Fertigasi cili..harap dapat tunjuk ajar dari Dato 8)

    ReplyDelete