Thursday, March 19, 2009

AKUR KEPUTUSAN...PERKASA PERJUANGAN

Salam,

Minggu ini umum dikejutkan dengan keputusan tegas oleh Lembaga Disiplin UMNO Malaysia yang telah menghilangkan kelayakan calon untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohd.Ali bin Rustam.

Sesungguhnya ia berlaku kesan dari keghairahan berkempen namun mungkin ada ruang yang akan membolehkan segala yang terjadi ini sebagai satu kebaikan, Insya Allah. Saya berharap agar semua ahli UMNO di seluruh Malaysia dapat menerima keputusan tersebut walaupun ia berat untuk diterima terutamanya oleh penyokong setia calon yang berkenaan. namun, apa yang paling perlu ialah memperkasa perpaduan parti demi kelangsungan perjuangan yang murni ini.

Semua ini adalah ujian dan dugaan yang Allah s.w.t. berikan, moga kita semua dapat menerimanya dengan penuh keinsafan kerana setiap yang berlaku itu tetap mempunyai hikmah di sebaliknya.

Terima kasih...

3 comments:

  1. Salam DSSK.
    Saya agak terkejut dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO baru-baru ini..Sebagai pemerhati kecil dalam politik negara ni, saya sentiasa menganggap Datuk Seri Mohd Ali Rustam sbgi ahli UMNO yang dah banyak berjasa dan setia pada parti dan negara.. tapi tiada apa yang nak dikata selepas kptsn ini.. cuma hanya doa dan harapan semoga beliau dapat meneruskan perjuangan sebagai pembela orang melayu dalam UMNO.. kepada DSSK pemilihan akan berlaku minggu hadapan semoga DSSK sudah melakukan persiapan yang rapi... :).

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, buat Dato Seri Shahidan, umum mengetahui boleh di kata kan semua ahli umno peringkat atasan mengamal kan politik wang tapi sejauh manakah kebenaran ini? saya jugo mohon agar pihak lembaga disiplin UMNO lebih tegas dalam hal ini kerana politik wang ini di amal kan oleh semua orang atasan yang bertanding dalam semua jawatan yang akan bertanding nanti pada 24-27 march 2009 iaitu seluruh bangsa melayu yang menjadi ahli umno akan berkumpul dalam perhimpunan yang dinama kan perhimpunan agung UMNO.Dari jawatan presiden UMNO hingga lah ke jawatan yang paling kecil dalam pemilihan UMNO nanti mengamalkan POLITIK wang sejauh manakah kebenaran ini sama-sama lah kita berfikir sejenak di manakah ketelusan seseorang pemimpin ini memimpin Parti Keramat iaitu parti parti UMNO.

    sekian

    wandiahmad@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Pilihlah Pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi Nampak Bersih..Jika salah pilih hanyutlah UMNO..Hanyut UMNO sama-sama kita hanyut..dan tengelam..Alang-alang rezki didepan ..disambar YU.

    ReplyDelete