Saturday, March 28, 2009

Terima Kasih Semua...

Salam,

Alhamdulillah, kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. yang masih memberikan saya kekuatan untuk terus menulis dalam ruangan ini. Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada semua perwakilan UMNO sama ada yang memberikan undi mahupun tidak kepada pencalonan saya dalam pemilihan UMNO kali ini.

Saya akan tetap terus berjuang walaupun tidak dipilih perwakilan kali ini. Ada hikmah atas sesuatu yang ditakdirkan. Insya Allah, perjuangan akan bersambung di Bukit Selambau. Semoga Allah s.w.t terus memberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi hari mendatang.

p/s: Terima kasih atas komen dan nasihat berguna dari pengunjung blog ini. Pandangan anda amat saya hargai.

Terima Kasih Semua!

DSSK

9 comments:

  1. SALAM DATO SERI...
    KEKALAHAN ITU MEMANG PAHIT.
    NAMUN SAYA YAKIN DATO SERI BERTANDING DENGAN BERSIH DAN AMANAH.
    TERUSKAN PERJUANGAN DALAM MEMPERKASAKAN UMNO DAN NEGARA.
    SUDI KIRANYA DATO SERI MENYOKONG USAHA DARI KAMI BPN DALAM MENYAMPAIKAN INFOMASI BERITA DAN ISU POLITIK SEMASA KEPADA RAKYAT.

    GOMO
    BIRO PEMUDA BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )
    SALAM.....

    ReplyDelete
  2. SALAM DSSK.
    TERUSKAN PERJUANGAN. SETIAP PERKARA ADA HIKMAHNYA. KITA TUMPU PADA PILIHANRAYA 2 BUKIT DAN SATU BATANG.
    SALAM....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saya selaku orang yang berjuang dengan keringan dan tidak pernah mengungkit apa jua yang di lakukan insyallah berjuang hingga ke akhir hayat hidup UMNO.


    wandiahmad@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Saya memerlukan rakan kongsi perniagaan dalam bidang trading - minuman honey apple cyder - jus Nabil - untuk memperluaskan lagi pasarannya.

    Mungkin DS bermninat, hubungi saya honeyapple3@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Tidak mahu saya mulakan penulisan saya dengan kata2 semangat dan mengampu DS kerana apa yang saya rasa lebih perit untuk diterima terutama dalam kelam kabut politik sekarang....

    Tidakkah kiambang akan sesekali akan bertaut?

    Tidakkah kesepakatan itu lebih penting?

    Jika UMNO itu "UNITED MALAY" mengapa UMNO yang saya sertai amat buruk wajahnya? Jelik akhlaknya? dan tiadk segah UNITED-nya MALAY seperti namanya?

    Assalamualaikum wbt...

    Tahniah kerana dilantik ke jawatan MT-UMNO sekali lagi walaupun pahit terpaksa melepaskan jawatan pengerusi BP-UMNO Perlis dan bagi saya ianya satu rahmat Allah SWT kepada saya dan ahli UMNO yang lain kerana terseksa akibat perebutan 2 Nakhoda UMNO Negeri. Perit, sakit dan seksa!

    Saya amat sedih sedang parti dan kerajaan tenat dan koma dan cuma sedkit saja hampir kepada sakaratul-maut tapi ada dikalangan kita yang masih lagi bersusah payah cuba merompak jawatan dan kadang-kadang tak ubah seperti seorang barbarian dan gypsy. amat memalukan.

    Perlis negeri yang kecil walaupun hutang banyak dan hampir muflis tetapi saya bangga dengan negeri kecil saya walaupun terpaksa merantau ke negeri orang dan menumpahkan segala ilmu dan pengalaman di tempat orang. Rugi kerana saya tidak dapat berbakti kepada negeri sendiri...

    Selepas terlucutnya jawatan PBP-UMNO Perlis dan di bawa ke jawatan MT, saya amat-amat berharap bahawa DS dapat bekerja sama dengan kerajaan negeri dibawah DS Dr. Mat Isa Sabu dan DS Mohd. Radzi S. Ahmad walapun itu hanya mimpi dan saya yakin dan percaya DSSK dan kepimpinan negeri sesekali tidak akan bekerja sama dan saya yakin kedua-dua pihak seperti air dan minyak tetapi kadang2 kita lupa apa yang kita buat akan menjadi teladan kepada yang muda.

    Saya cadangkan UMNO negeri keluarkan borang ahli pro-DSSK dan pro-Radzi&Mat Isa Sabu. Kan senang?

    saya telah rasai semua akibat tindak tanduk DSSK dan kedua-dua pihak. Mensyuarat diboikot supaya tidak cukup korum, tarik ahli UMNO keluar supaya korum tidak cukup dan ala gangster hasil didikan anda dan para pemimpin UMNO supaya anak muda sekarang berpecah dan menjadi pengikut kepada satu pemimpin yang lain. Walaupun tidak secara langsung, tetapi persengketaan Shahidan-Radzi&Mat Isa ckup buatkan kami para pemuda berpecah...Team A&B memang dari dulu sudah wujud dalam UMNo malah sudah jadi bisul dan nanah UMNO tapi apa boleh buat?salah pemimpin juga. Tak rawat.

    ReplyDelete
  6. salam.....blog apa ni? jauh beza dengan cara DSS berkata-kata...hentikanlah...rakyat tak nak tengok yang tak ori...yang ori saja disanjungi rakyat,..

    ReplyDelete
  7. salam.....blog apa ni? jauh beza dengan cara DSS berkata-kata...hentikanlah...rakyat tak nak tengok yang tak ori...yang ori saja disanjungi rakyat,..

    ReplyDelete
  8. salam,...Dato' Seri
    saya merupakan pelajar Unimap...memang saya akui Dato' Seri banyak menyumbang ke atas universiti kami. terima kasih diucapkan.
    Saya yang merupakan salah seorang anak muda yang menyokong penuh kerajaan Malaysia berharap tidak kira Dato Seri Shahidan atau Dato' Dr.Md Isa Sabu jadi MB,....apa yg penting pertahankan kubu kuat BN di Perlis. Pastikan kemenangan berpihak pada BN.
    Begitu juga saya harapkan di Kedah.
    Dgn kedengaran krisis ramai ahli UMNO beralih ke PKR di Bahagian K.Perlis menampakkan lagi krisis sebenar dalaman UMNO Perlis.
    Apa2 pun syabas kepada Dato Seri Shahidan yang mengepalai Perlis dgn jayanya...dan berharap Dato' Seri dapat menyalurkan idea dan pendapat yang lebih positif pada kepimpinan negeri sekarang.
    Sekian,...salam :)

    ReplyDelete
  9. Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.
    Dipetik dari Malaysia Insider

    ReplyDelete